BALING: Sikap tidak bertanggungjawab pengunjung di kawasan perkelahan Sungai Ketil, Kampung Lubuk Pedati di sini menyebabkan beberapa lokasi di situ dipenuhi sampah sarap. Pemandangan indah sungai yang jernih berlatarbelakangkan Gunung Baling dicemari bungkusan plastik sampah yang dibiarkan di tepi sungai, selain ada terendam di dalam air. Pengunjung dari Tawar dekat sini, Siti Aishah Mohd. Sabri, 24, berkata, dia terkejut apabila melihat banyak sampah dibuang begitu sahaja sehingga mengotorkan kawasan perkelahan itu. “Saya ke sini untuk bawa anak-anak mandi sambil menikmati suasana dan pemandangan yang penuh kehijauan dan cantik. Namun, apa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya