KUALA LUMPUR: Representasi ketiga Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7.09 juta dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), masih `tergantung’ dan belum dimuktamadkan pihak pendakwaan. Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pihaknya perlu meneliti beberapa butiran dan fakta baharu yang dibangkitkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum memutuskan representasi tersebut. Ahmad Akram berkata, perkembangan baharu itu disertakan dalam beberapa surat yang dihantar melalui Tetuan Reza Rahim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya