SHAH ALAM: Lebih 100 penduduk nekad mempertahankan rumah masing-masing di Kampung Bunga Raya, Subang, di sini daripada dirobohkan bagi pembangunan projek perumahan. Malah, mereka kekal tinggal di situ walaupun pihak berkuasa memotong bekalan elektrik ke kawasan berkenaan yang menempatkan lebih 50 buah rumah. Keengganan berpindah itu kerana kebanyakan mereka adalah warga emas dan tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman bagi pembelian rumah baharu walaupun di bawah skim kerajaan negeri. Menurut seorang penduduk, G. Rishikumar, 39, kawasan berkenaan dipercayai akan dibangunkan projek perumahan Apartmen Dahlia dan penduduk diarah berpindah dengan alasan tanah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya