PETALING JAYA : Seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas dipercayai terlibat melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara. Utusan Malaysia dimaklumkan, pegawai kanan yang bertugas di sebuah jabatan itu telah ditahan di Putrajaya. Hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit. Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya