SERAMAI 30 pegawai dan anggota dari unit forensik serta ketua balai bomba di Negeri Sembilan mengikuti Kursus Asas Kenderaan Elektrik (EV) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, Rembau, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abdul Khair Osman berkata, kursus tersebut sebagai persediaan kepada para anggotanya bagi menghadapi kejadian kemalangan melibatkan EV. Kursus sedemikian adalah penting bagi pasukan penyelamat seperti bomba. Antara perkara utama perlu diketahui adalah cara mematikan arus elektrik dalam EV yang terlibat dalam kemalangan. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya