PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengekalkan sabitan salah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Paul Yong Choo Kiong atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, lima tahun lalu. Keputusan itu dibuat dengan majoriti 2-1 yang mana Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel hakim dan Hakim Datuk Azman Abdullah menyokong manakala Hakim Datuk S. M. Komathy menentang terhadap keputusan tersebut. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun, bermula dari tarikh hukuman dijatuhi iaitu pada 27 Julai 2022. Hukuman sebat dua kali kekal. Ketika membaca penghakiman majoriti,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya