GUA MUSANG: Melawat saudara sakit dan ingin mencari pekerjaan di Kuala Lumpur antara alasan yang diberikan oleh sebahagian daripada 74 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dicekup semasa berada di dalam bas ekspres dan kenderaan persendirian malam tadi. Kesemua warga asing itu ditahan dalam Operasi Bersepadu selama lima jam melibatkan Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Penguatkuasa JPJ Gua Musang di sini. Pengarahnya, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, operasi bermula pada pukul 10.30 malam sehingga 3.30 pagi itu melibatkan seramai 35 anggota JIM dibantu 12…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya