PETALING JAYA: Penguasaan dalam kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M) murid sekolah perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum memasuki tahun tiga bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada arus pendidikan kebangsaan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kanak-kanak terbabit tidak mampu untuk mengikuti silibus subjek-subjek Bahasa Melayu, Sains dan Matematik dengan baik sebelum mereka melangkah masuk ke peringkat sekolah menengah. Angka keciciran mungkin berganda jika masalah tersebut tidak ditangani segera. Kementerian Pendidikan tahun lalu mendedahkan, 269,332 murid sekolah rendah di seluruh negara dikesan belum menguasai kemahiran 3M. Antara faktor dikenal pasti punca kelemahan 3M…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya