KLANG: Ribuan penduduk di Meru di sini mengalami gangguan bekalan air sejak awal pagi ini selepas paip bawah tanah di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru pecah. Kejadian dikatakan bermula kira-kira 3.30 pagi menyebabkan air memasuki kawasan sekolah sehingga hampir memasuki bilik darjah. Kejadian itu juga menyebabkan Jalan Meru menghala ke Klang terhalang sehingga mengakibatkan kesesakan teruk. Tinjaun Utusan Malaysia mendapati jalan-jalan di taman berhampiran turut sesak apabila pengguna jalan raya mencari laluan alternatif. Keadaan diburukkan apabila ada kabel elektrik di laluan alternatif itu jatuh selepas dikatakan dilanggar kenderaan berat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya