GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli Temiar dari Kampung Mendrod, Pos Brooke di sini mendedahkan, mereka hanya dapat menikmati hidangan ayam setiap kali agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masuk ke kawasan itu dan mengadakan program. Penghulu Kampung Mendrod, Alang Busu, 61, berkata, bilangan ahli keluarga yang ramai dan faktor kewangan turut menyebabkan mereka jarang nikmati hidangan berasaskan ayam. “Bagaimanapun untuk Ramadan kali ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menyediakan 80 ekor ayam untuk dimasak dan dimakan semasa berbuka puasa. “Ini memberi kegembiraan kepada penduduk yang sudah lama teringin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya