KUANTAN: Sebanyak 1,619 premis sudah diperiksa di negeri ini dalam pelaksanaan Ops Pantau 2024 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, sejak 12 Mac lalu. Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin berkata, daripada jumlah premis diperiksa tersebut, empat kes dikesan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972. “Sepanjang tempoh seminggu pelaksanaan operasi, pemeriksaan adalah membabitkan bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasaraya dan premis yang menyediakan Bufet Ramadan termasuk aktiviti penjualan secara dalam talian yang turut menjadi tumpuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya