PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kini dilantik sebagai pengerusi baharu Social and Economic Research Initiative (SERI), iaitu sebuah badan pemikir bukan partisan. SERI dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh mampu membawa pengalaman dan kepakaran yang luas dalam pembangunan sosial. Menurutnya, ia membantu untuk menguatkan lagi komitmen SERI dalam mengutamakan isu ketidaksamaan dan sosial yang berterusan berlaku. “Nurul Izzah merupakan seorang penjawat awam, aktivis politik dan penggubal undang-undang yang terkenal. Beliau sentiasa mempromosikan kesaksamaan ekonomi dan sosial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya