Notis berkenaan ujian kimia atas berus lukisan ‘Astar’ - Utusan Malaysia

Notis berkenaan ujian kimia atas berus lukisan ‘Astar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI CREATIVE STATIONERY SDN BHD membuat pengumuman ini supaya maklumat palsu yang bersifat fitnah tidak dihebahkan lagi berkenaan berus-berus lukisan cap dagangan “Astar” yang dijual oleh syarikat kami.

Video berkenaan berus-berus lukisan cap dagangan “Astar” yang baru-baru ini dimuatnaik dalam media sosial oleh seorang yang tidak dikenali, sebenarnya adalah video lama tahun 2020.

Pada 20 Januari 2020 pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (“KPDNHEP”) telah hadir ke premis kami di Senai dan mengambil beberapa set berus tersebut dan dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia supaya ujian kimia boleh dijalankan untuk menganalisis kandungan berus-berus tersebut.

Berikutan itu, KPDNHEP telah memaklumkan kami bahawa hasil ujian kimia oleh Jabatan Kimia membuktikan berus lukisan tersebut diperbuat daripada nylon, dan nyata TIADA bulu haiwan.

Kesilapan mencetak atas bungkusan lama kami itu sudah dibetulkan dengan menampal pelekat di atasnya, yang menyatakan “NYLON BRUSH”.

Kami telah menganggap perkara itu sebagai kes yang sudah ditutup pada tahun 2020. Oleh itu kami merayu kepada semua pihak agar jangan menyebarkan berita palsu berkenaan kandungan berus-berus lukisan yang dijual oleh syarikat kami.

Sila ambil perhatian bahawa seandainya ada mana-mana pihak yang berniat jahat untuk memfitnah kami selepas notis ini disiarkan, kami akan membuat tuntutan ganti rugi di Mahkamah Tinggi terhadapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN