KUALA LANGAT: Seorang model sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menikam sampai mati kekasihnya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Rimbayu, Teluk Panglima Garang di sini 11 Mac lalu. Kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat bagaimanapun tertuduh, Tamilselvi Anadan, 26, menggeleng-gelengkan kepala sebelum memaklumkan dia tidak memahami pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Bagaimanapun, bekas mahasiswa perubatan itu mengangguk faham selepas salah seorang peguam yang mewakilinya, Aniesha De Silva menjelaskan pertuduhan tersebut dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan pertuduhan, Tamilselvi dituduh membunuh Gawsigan Vickneswaran, 26, yang juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya