JEMPOL: Seorang penjual aksesori kenderaan didenda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini selepas dia mengakui salah menyamar menjadi pegawai polis. Tertuduh, Che Choon Shiung, 46, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacaan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak. Majistret turut menetapkan hukuman tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, Choon Shiung didakwa berpura-pura memegang jawatan pejawat awam iaitu polis dengan mengetahui bahawa dia bukan seorang polis dan cuba untuk meminta kad pengenalan milik individu lain. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di tepi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya