SERAMAI 60 kanak-kanak daripada golongan memerlukan diraikan dalam majlis penyerahan sumbangan kelengkapan dan baju raya daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Pemberian bernilai RM200 setiap seorang itu turut ditaja Butik Amar Amran yang menyumbang kelengkapan tambahan bagi menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Datuk Bandar Shah Alam, Cheremi Mohd. Tarman berkata, bantuan tersebut merupakan salah satu program kemasyarakatan dilaksanakan pihaknya bagi merapatkan ukhuwah dengan masyarakat. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya