SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan tradisi mantai di negeri ini menerusi penganjuran Program Mantai Rayo 2024 yang akan berlangsung pada 7 April ini secara serentak di lapan buah kawasan Parlimen, melibatkan 20 lokasi terpilih. Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, menerusi program tersebut, dianggarkan sebanyak 16,000 kilogram (kg) daging pejal (atau 160 ekor lembu) akan ditawarkan kepada orang ramai. Menurutnya, majlis prapelancaran program akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya