MAINS berjaya batalkan saman pemula wanita mahu isytihar diri bukan Islam - Utusan Malaysia

MAINS berjaya batalkan saman pemula wanita mahu isytihar diri bukan Islam

ZAINUL Rijal Abu Bakar (tengah) ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi Seremban hari ini selepas prosiding keputusan permohonan MAINS untuk membatalkan saman pemula yang difailkan seorang wanita untuk pengisytiharan bahawa dirinya bukan seorang yang beragama Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan saman pemula oleh seorang wanita berusia 46 tahun untuk satu pengisytiharan bahawa dirinya bukan seorang yang beragama Islam. Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas meneliti segala notis, afidavit berserta hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak responden iaitu MAINS. Pada 23 Mac tahun lalu, plaintif yang merupakan seorang ahli perniagaan telah menfailkan saman pemula terhadap tiga pihak iaitu kerajaan Malaysia, MAINS dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai responden pertama hingga ketiga.…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya