KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 20,000 biji pil yaba dalam serbuan di parkir hadapan Kompleks Kota Darulnaim di sini kelmarin. Penahanan suspek berusia 28 tahun itu dilakukan pada pukul 5 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa anggota bertugas menghampiri suspek, dia bertindak melarikan diri. Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu gagal selepas anggota bertugas berjaya menahan suspek. “Pemeriksaan yang dijalankan ke atas beg berwarna kuning telah menjumpai 18,000 biji pil yaba.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya