KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengingatkan semua peniaga yang menjual colek sepanjang bulan Ramadan ini agar tidak menaikkan harga makanan tersebut sesuka hati. Pengarahnya, Azman Ismail berkata, seramai 142 pegawai penguat kuasa telah digerakkan setiap hari bagi memantau dan memeriksa kedai-kedai yang menjual colek. Menurutnya, antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan yang boleh dikenakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. “Sepanjang pemantauan dan pemeriksaan yang dilakukan setakat ini, hanya seorang peniaga telah diberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya