PASIR MAS: Cubaan tiga lelaki untuk melarikan diri daripada diperiksa oleh pihak polis gagal selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Kedondong, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 malam itu, kesemua lelaki berusia 36 hingga 41 tahun berkaya diberkas polis untuk membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, terdahulu pihaknya telah ternampak sebuah kereta berhenti di tepi jalan di kawasan Meranti di sini dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan cegah jenayah. Menurutnya, menyedari kehadiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya