KOTA KINABALU: Masalah bekalan air yang teruk sejak awal bulan lalu menyebabkan Papar diisytihar sebagai daerah bencana kemarau. Pengisytiharan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar melalui laman media sosial semalam dan turut disahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku Sekretariat JPBD. Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali ketika dihubungi memaklumkan, pengisytiharan itu amat wajar susulan masalah gangguan bekalan air yang sedang berlaku. “Sesiapa yang mahu pertikai pengisytiharan itu, sila datang Papar bantu kami angkut air untuk rakyat,” katanya. Sejak bulan lalu, lebih 50,000 penduduk di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya