KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memantau kegiatan Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji yang mendakwa dirinya mempunyai jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW walaupun individu berkenaan tidak berkunjung ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd. Asri Mat Daud berkata, sehingga kini pihaknya tidak mengesan sebarang ‘gerakan’ berkait perkara berkenaan. “Dalam isu nasab keturunan Nabi Muhammad kita tidak boleh terus terima dan tidak juga boleh terus menafikan. Ia perlu diselidik dengan teliti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya