KUANTAN: Setelah diamalkan selama kira-kira 123 tahun sejak 1900, kadar mas kahwin di Pahang berjumlah RM22.50 dinaikkan bermula RM100. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kadar yang diperkenankan itu bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. “Maka hari ini saya memperkenankan pindaan kadar mas kahwin di negeri Pahang iaitu bermula dengan kadar RM100. Kadar baharu ini adalah lebih munasabah sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. “Namun penentuan kadar maksimumnya adalah tertakluk kepada kemampuan dan peruntukan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Insya-Allah kerajaan pun dah lulus,” titah baginda pada majlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya