KLUANG: Seorang jurukimpal maut akibat tertimbus tanah ketika melakukan kerja pemasangan paip di Kilometer 41.5, Jalan Kluang-Teck Wah Heng berhampiran Ladang Bukit Benut, petang semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Nik Mohd. Azmi Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika mangsa, Rostam Amiruddin Hassan, 59, sedang melakukan kimpalan batang besi paip air pada berkedalaman 1.8 meter bersama dua rakan sekerjanya. Ketika melakukan kerja-kerja kimpalan, tebing parit tempat meletakkan batang besi paip air itu secara tiba-tiba runtuh dan menimbus mangsa. “Akibatnya, mangsa telah tersepit dengan batang besi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya