MELAKA: Keenakan ayam tempayan Abang Long Legend yang diperap dengan 12 bahan terpilih menjadikan juadah itu menjadi pilihan ramai ketika berbuka puasa. Ketika ditemui Utusan Malaysia, pemilik gerai, Muhammad Shahrul Ramli, 32, berkata, perniagaan yang diusahakan keluarga mentua sejak 13 tahun lalu menjadi lokasi wajib singgah pelanggan setiap kali Ramadan. Katanya, sebanyak 80 ekor ayam terjual setiap hari di tiga bazar Ramadan iaitu Semabok Perdana, Taman Peringgit dan Jasin Bestari. “Kami menggunakan ayam segar dan proses perapan dilakukan pada awal pagi bagi memastikan bahan-bahan seperti madu, lada hitam dan sos…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya