GEORGE TOWN: Industri beca perlu berubah untuk kekal relevan sama ada sebagai pengangkutan bagi tujuan riadah, pelancongan dan sebagainya. Itu pendapat Naib Presiden Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT), Khoo Salma Nasution ketika ditanya mengenai masa depan beca sebagai pengangkutan warisan di negeri ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Khoo Salma yang juga aktivis dan sejarawan tempatan berkata, dalam hal ini, pusat inovasi di institut pengajian tinggi (IPT) seperti di Universiti Sains Malaysia (USM) mungkin boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan. “Mereka (pusat inovasi) mungkin boleh membantu dalam menginovasikan beca menjadi e-beca,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya