PETALING JAYA: Seorang ibu yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak lelakinya berusia 16 bulan dengan membancuh susu bercampur syabu, meminta dibicarakan terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Tertuduh berusia 34 tahun itu menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada prosiding sebutan di hadapan Hakim Noor Ruzilawati Mohd. Nor. Semalam sepatutnya ditetapkan untuk fakta kes dan hukuman. Sementara itu, suaminya yang berusia 40 tahun mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapnya. Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki mereka berusia setahun empat bulan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya