FAMA bantu pasarkan tembikai wangi Kampung Banggol ke luar Kelantan - Utusan Malaysia

FAMA bantu pasarkan tembikai wangi Kampung Banggol ke luar Kelantan

WAN Faizatul Aniza Ismayatim (berdiri, dua kiri) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli tembikai wangi dengan peserta ladang kontrak Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan membantu memasarkan 170 tan metrik tembikai wangi yang diusahakan oleh petani di Kampung Banggol di sini ke luar negeri ini.

Pengarahnya, Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata, bantuan itu menerusi belian oleh agensi berkenaan 26 tan metrik dan selebihnya oleh Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP).

Menurutnya, kesemua hasil itu akan dipasarkan di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

“Tempoh belian ini akan bermula esok dan berakhir 25 Mac ini. Kita tahu, buah tembikai sentiasa mendapat permintaan tinggi pada bulan puasa.

“Jadi FAMA sentiasa mengambil langkah untuk membantu peserta bagi tujuan pasaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli tembikai wangi dengan peserta ladang kontrak Kampung Banggol di sini hari ini.

Wan Faizatul Aniza memberitahu, tahun FAMA membuat pembelian buah tembikai di sini mengikut tempoh tertentu bermula sejak tahun 2002 lalu.

Katanya, melalui MoU itu FAMA dapat membantu menggelakan berlakunya masalah lambakan hasil.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN