PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin dunia menggesa gencatan senjata di Gaza dilaksanakan segera dan resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Isnin lalu, dipatuhi sepenuhnya. Di Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Amerika Syarikat (AS) memastikan Israel mematuhi resolusi yang kali pertama diluluskan tanpa veto selepas hampir enam bulan menyerang Gaza. “AS mesti mengatasi sekutunya untuk menghormati kehendak masyarakat antarabangsa dan mematuhi gencatan senjata serta membenarkan kemasukan segera bantuan kecemasan secara besar-besaran. “Malaysia turut menyokong pembebasan segera semua tebusan dan penghantaran bantuan dipercepatkan ke Gaza,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya