KOTA BHARU: Jumlah miskin tegar di Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1 peratus iaitu 14,092 keluarga berbanding sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, jumlah itu berpandukan kepada data itu dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan menerusi mesyuarat terbaharu yang diadakan pada 22 Januari lalu. Menurutnya, bagi kategori miskin pula membabitkan 63,060 keluarga. “Pendapatan keluarga bagi miskin tegar adalah RM1,199 dan bagi miskin pula adalah RM2,199,” katanya semasa menjawab soalan dikemukakan Shaari Mat Yaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya