MARAN: Dua pemandu lori maut setelah kenderaan dipandu mereka bertembung dalam nahas jalan raya di kilometer 67, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Kampung Luit di sini pukul 12.30 tengah hari ini. Dalam insiden itu, Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, dari Kampung Peramu, Kuantan dan Nik Mohamad Zainudin M. Baki, 38, dari Felcra Sri Makmur maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian pemandu lori penghantar barang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur. “Apabila sampai di lokasi kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya