PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan dan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan akan menjadikan Buku Resipi Warisan Masakan Negeri Sembilan yang disediakan dalam bahasa Inggeris sebagai cenderahati kepada pelancong luar negara yang berkunjung ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, ia adalah usaha yang diambil bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat luar mengenai keunikan masakan yang berasal dari negeri ini. Menurut beliau, selain mempunyai kira-kira 100 resepi masakan, buku tersebut juga berkongsikan penceritaan mengenai setiap makanan warisan itu termasuk latar belakang serta sejarah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya