Bomba Johor terima lebih 1,000 panggilan kebakaran - Utusan Malaysia

Bomba Johor terima lebih 1,000 panggilan kebakaran

SITI ROHANI Nadir (kiri) menunjukkan alat pemadam kebakaran pada Majlis Pelancaran Kempen Keselàmatan Kebakaran Sempena Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Komuniti A .Mart Kempas, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini menerima 1,047 panggilan kecemasan berkaitan pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak awal tahun hingga semalam.

Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata, 1,001 panggilan diterima membabitkan kebakaran bukan tanah gambut dan selebihnya panggilan berkaitan kebakaran tanah gambut.

Pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang paling tinggi merekodkan kes pembakaran terbuka. 

“Antara daerah titik panas yang kerap berlaku kebakaran adalah seperti Muar, Pontian, Segamat, Pengerang, Pagoh dan Mersing yang mempunyai kawasan tanah gambut yang luas.

“Walaupun sudah memasuki musim peralihan tapi masih berlaku panas luar biasa dan kita masih menerima panggilan berkaitan kebakaran yang berlaku di kawasan seperti belukar, lalang, rumput, hutan, kebun kecil dan sampah-sarap,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri di  Kompleks Komuniti Amart, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Siti Rohani berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan kebakaran berpunca daripada bunga api atau mercun.

Beliau menyeru semua pihak termasuk pemilik tempat pelupusan sampah dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka di kawasan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya