SELAYANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam meluluskan usul pindaan perlembagaan parti melibatkan beberapa fasal untuk mengekang peralihan sokongan dalam kalangan ahli parlimennya. Susulan itu, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan menulis surat kepada enam ahli parlimennya yang beralih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau, surat itu bertujuan untuk meminta pengesahan sama ada mereka masih mahu menyokong Perdana Menteri atau sebaliknya. “Kita akan bawa kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk diluluskan secepat mungkin dan akan dikuatkuasakan serta-merta,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya