PETALING JAYA: Cadangan membenarkan pelarian bekerja di Malaysia dibimbangi menyebabkan persaingan pekerjaan dengan rakyat tempatan selain memberi lebih banyak kesan buruk berbanding yang baik. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Effendy Abdul Ghani berkata, rancangan itu perlu diteliti bagi memastikan manfaatnya itu melebihi sebarang keburukan yang mungkin timbul. Menurut beliau, ia penting bagi kerajaan melaksanakan dasar itu dengan cara yang adil dan berkesan termasuk memastikan hak dan kebajikan semua pihak termasuk pelarian dan rakyat tempatan dilindungi. “Pelaksanaan dasar melibatkan pelarian bekerja di Malaysia memerlukan kajian menyeluruh tentang kesan jangka panjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya