KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan maut selepas disyaki dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling di sini hari ini. Kejadian pukul 2.30 petang itu dimaklumkan oleh orang awam kepada polis. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, daripada pemeriksaan di lokasi, bayi berkenaan disyaki dicampak atau dibuang dari kedudukan tinggi. Menurut beliau, pemeriksaan fizikal ke atas bayi itu mendapati mangsa ada kesan bahagian kepalanya pecah. “Bayi yang ditemukan masih ada tali pusat kerana mungkin baru dilahirkan. Polis masih mengumpul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya