KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Indonesia yang baharu, Prabowo Subianto selepas diumumkan sebagai pemenang rasmi Pilihan Raya Presiden 2024. Perdana Menteri menerusi laman sosial Facebook berkata, beliau dimaklumkan adalah pemimpin pertama yang mengucapkan tahniah kepada Prabowo selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya. “Saya telah menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia, Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaikan salam tahniah di atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai. “Saya dimaklumkan, saya pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya