IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024 Parlimen Tambun yang diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Meru, di sini hari ini. Pada program anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mengacau bubur lambuk bersama penduduk. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program memasak bubur lambuk itu dilaksanakan di bawah Kluster Komuniti Rahmah. Katanya, penganjuran program itu selaras dengan komitmen Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkasa Rukun Tetangga sebagai penggerak dan pengantara penting…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya