SEREMBAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK), telah mengaktifkan jentera bagi memastikan keperluan dan persediaan mencukupi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Ketua AMK, Adam Adli Abd. Halim berkata, beliau telah meminta bahagian pilihan raya AMK terutamanya AMK Selangor untuk mengaktifkan jentera tersebut. “Program-program telah disusun dan kami akan banyakkan program mendekati masyarakat terutamanya golongan muda di Kuala Kubu Baharu selain libatkan banyak pihak lain. “Ini untuk pastikan menjelang PRK itu nanti kami akan kekalkan prestasi seperti sebelum ini dan kami bantu calon yang bakal bertanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya