PERTEMUAN serampang dua mata dengan biduanita bertaraf legenda ini menjadi pengalaman istimewa buat saya yang membesar dengan filem-filem lakonannya. Datuk Sarimah Ahmad satu nama yang cukup disegani, berada pada kedudukan tersendiri dengan pelbagai pencapaian diraihnya sepanjang lebih enam dekad bergelar anak wayang. Sarimah berbagi pengalaman dan banyak cerita sepanjang beliau aktif dalam dunia lakonan. Antara yang menimbulkan kekaguman adalah kecantikan dramatis ini yang berkekalan di usianya menjangkau 82 tahun. Jelas Sarimah segan apabila kecantikannya dipuji pengamal media. Kata beliau, mungkin asbab manfaat air Zam Zam selain amalan membaca al-Quran menghadirkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya