KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berupa 25,000 kampit beras 10 kilogram (kg) kepada golongan yang memerlukan bantuan. Pengagihan itu dikurniakan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf melalui masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini. Istana Negara dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) menetapkan sebanyak 10 buah masjid dipilih di sekitar Kuala Lumpur bagi urusan pengagihan beras kepada asnaf di sekitar kariah. Setiap masjid menerima stok beras sebanyak 2,500 kampit. Datuk Paduka Maharaja Lela…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya