KOTA BHARU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 93,455 permohonan mendapatkan dokumen pengenalan diri melalui program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di seluruh negara sejak tahun 2020 sehingga 15 Mac lalu. Ketua Pengarahnya, Badrul Hisham Alias berkata, kesemua permohonan berkenaan diterima melalui 5,273 program Mekar dengan 42,925 permohonan diberikan khidmat nasihat. Menurutnya, melalui program tersebut pihaknya turun padang untuk menguruskan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan masyarakat di kawasan pedalaman. “Ia merupakan pendekatan proaktif JPN dalam memastikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya