PETALING JAYA: Sebanyak 86 notis kompaun dikeluarkan kepada majikan yang melanggar Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 melalui pelaksanaan Op Kesan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di SS15 Subang Jaya dekat sini baru-baru ini. Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim berkata, jumlah kompaun itu adalah sebanyak RM43,000 iaitu RM25,500 bagi Akta 4 dan RM17,500 bagi Akta 800. “Kesalahan yang sering dilakukan oleh majikan adalah gagal mendaftar dan mencarum pekerja atas alasan pekerja sementara tidak layak dicarumkan Perkeso. “Selain itu, tidak mencarum pekerja asing dengan alasan menunggu kelulusan pembaharuan permit kerja dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya