KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 80 notis kompaun bernilai RM8,700 kepada peniaga bazar Ramadan yang melakukan pelbagai kesalahan melibatkan pengendalian makanan sejak seminggu lalu. Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua notis kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana peniaga melanggar kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Menurutnya, kesalahan yang dikenal pasti dilakukan oleh peniaga bazar antaranya tidak patuh aspek pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan pakaian tidak bersih. “Sebanyak 1,027 gerai dan 1,672 orang pengendali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya