JAWATANKUASA Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan (8) Mukim Api-Api, Pontian, Johor mengadakan program gotong-royong sempena pelancaran Southern Volunteers JPKK Peringkat Negeri di Kampung Parit Dato’ Onn, Pontian, Johor, baru-baru ini. Peserta lelaki membersihkan dan memotong rumput di sepanjang tali air, manakala peserta wanita mengutip sampah di kiri dan kanan jalan utama ke kampung berkenaan. Selain membersihkan kawasan sekitar, aktiviti tersebut turut mengerat hubungan silaturahim sesama penduduk. Selepas bergotong-royong, mereka dijamu di Kedai Makan Salam. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya