Trafik keluar 166 saman atas pelbagai kesalahan - Utusan Malaysia

Trafik keluar 166 saman atas pelbagai kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 166 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam operasi di Plaza Tol Skudai menghala Selatan dan susur Senai Utara semalam.

Dalam operasi pukul 10.30 malam yang dijalankan JSPT, Bukit Aman bersama cawangan penguatkuasa lebuh raya zon selatan 3, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi penguat kuasa lain turut menahan 28 individu.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, sebanyak 88 saman dikeluarkan kerana memandu laju diikuti nombor plat tidak mengikut spesifikasi (37 saman) ; cukai jalan tamat tempoh (12 saman) ; tiada lesen memandu (11 saman) dan. tiada pemadam api (enam saman).

Selain itu, kata beliau, sebanyak lima saman dikeluarkan kerana penggunaan lampu H.I.D ; tiada cermin sisi (empat saman) dan tiada segitiga keselamatan (tiga saman)

“JPJ Johor juga mengeluarkan 253 saman atas pelbagai kesalahan termasuk lapan lori timbang berat diperiksa.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor juga telah membuat 27 tangkapan terdiri 12 warga India diikuti Indonesia (11 orang) ; Bangladesh (dua orang) dan Pakistan serta Myanmar (masing-masing satu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, objektif operasi bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkam serta membanteras jenayah.

“Pihak JSPR secara berterusan akan melaksanakan operasi dan menjalankan progam advokasi bagi melahirkan generasi pemandu dan penunggang yang mematuhi undang-undang lalu lintas,” jelasnya.

Kata Mohd Azman, dalam operasi sama seramai 21 pegawai dan anggota JSPT terlibat. – UTUSANhttp://utusan.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya