PETALING JAYA: Mana-mana pegawai polis yang didapati menerima angpau atau sampul wang ketika menjalankan tugas adalah satu kesalahan. Itu penegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika diminta mengulas berhubung penemuan sejumlah angpau di Balai Polis Setapak dekat sini. Katanya, tindakan menerima sebarang bentuk wang ketika bekerja adalah kesalahan serius sehingga boleh dipersoalkan atau dikaitkan dengan elemen rasuah. “Tindakan yang dilakukan pihak Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam pemeriksaan terhadap anggota balai polis dalam daerah Wangsa Maju itu jelas menunjukkan peringkat penyelia telah mula membuka mata melalui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya