PORT DICKSON: Majlis perkahwinan dua pasangan pengantin yang diadakan di sini hari ini berlangsung dengan keunikan tersendiri apabila ia diserikan dengan persembahan tarian singa. Jarang berlaku seperti kelaziman majlis persandingan dan kenduri pengantin Melayu, kehadiran 15 orang ahli pasukan tarian singa berkenaan telah menceriakan kedua-dua pasangan pengantin yang diraikan selain tetamu jemputan yang hadir. Menurut Mohamad Zamrin Mohamad Jabor, 51, dia sememangnya mahu memberikan kelainan dalam majlis perkahwinan dua orang anaknya iaitu anak sulung, Nornabila dan pasangan, Zaid Amir Badarudin dan anak keduanya, Norizzudin dan pasangan, Sharifah Nor Amiera Azhar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya