Tanam 1.2 juta pokok sepanjang pesisir pantai Kelantan

Tanam 1.2 juta pokok sepanjang pesisir pantai Kelantan

ABDUL Rahman Yunus (tengah) selepas selesai merasmikan Program Restorasi Spesies Pokok-Pokok di Pantai Baru Melawi, Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan negeri Kelantan menyasarkan sebanyak lebih 1.2 juta pokok ditanam di sepanjang pesisir pantai di negeri ini sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Abdul Rahman Yunus berkata, sehingga kini, sebanyak 8.7 juta pokok sudah ditanam di negeri ini melalui kempen penanaman 100 juta pokok sejak 2021.

Menurutnya, kerajaan negeri Kelantan dan Jabatan Perhutanan bersama beberapa jabatan termasuk agensi berkaitan ketika ini sedang melaksanakan program berkenaan.

“Di Bachok misalnya, sebanyak 400 pokok ru sudah ditanam di Pantai Baru Melawi tahun ini dan Pantai Senok pada tahun lalu. Lokasi tersebut merupakan kawasan baharu yang diterokasi untuk penanaman pelbagai jenis pokok.

“Pihak Majlis Daerah Bachok (MDB) turut merangka pelan pertambahan infrastruktur di sepanjang 37 kilometer melibatkan 10 kawasan pantai di daerah ini,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Program Restorasi Spesies Pokok-Pokok di Pesisir Pantai Jajahan Bachok Bagi Melaksanakan Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conversation (EFT) di Pantai Baru Melawi, di sini hari ini. 

Sementara itu, Yang Dipertua MDB, Shamsul Abu Bakar memberitahu pihaknya memohon peruntukan kira-kira RM1.5 juta bagi membina kemudahan seperti jalan, surau dan tandas awam bagi keselesaan pelancong dan orang ramai di kawasan pantai.

Katanya, MDB sedang mencari produk baharu untuk menarik pelancong ke Bachok dengan mengadakan kerjasama dengan syarikat swasta.

“Bachok merupakan daerah yang paling banyak lokasi perkelahan. Jadi, kawasan ini sesuai untuk aktiviti kebudayaan dan kesenian,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya